Pelancong China Cedera di Kemboja Sedar Semula

2018-08-08 12:20:32  CRI
Share with:

Seorang pelancong China yang cedera parah dalam kemalangan tuk-tuk di Kemboja sudah sedar semula dan boleh berkomunikasi selepas menjalani pembedahan di Phnom Penh semalam.

Pada petang 6 Ogos, tiga pelancong seisi keluarga dari provinsi Guangdong cedera, termasuk yang parah dan satu lagi patah tulang apabila tuk-tuk yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Angkor Wat.

Mangsa yang parah dihantar ke hospital di Phnom Penh untuk menjalani pembedahan, manakala dua yang lain dirawat di Hospital Diraja.

 

周乔西