Percaturan Tarif AS Hanya Sakiti Rakyat

2018-08-09 15:33:47  CRI
Share with:

 

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_86b33e7d-f59d-4eb9-82a8-ea3cf160d41c

Selepas tarif 25% terhadap produk China bernilai USD34 bilion (RM138 bilion) berkuat kuasa pada 6 Julai, pejabat Wakil Perdagangan AS (USTR) kelmarin mengumumkan satu lagi pusingan tarif sama terhadap produk China bernilai kira-kira USD16 bilion (RM65 bilion) bermula 23 Ogos. 


Jurucakap Kementerian Perdagangan China malam semalam menyifatkan tindakan AS itu perbuatan tidak munasabah yang mendahulukan undang-undang domestik daripada peraturan antarabangsa.

Katanya, China tiada pilihan selain mengambil tindakan balas sejawarnya bagi melindungi kepentingan sendiri dan sistem perdagangan multilateral.

Tindakan yang dimaksudkan adalah mengenakan tarif balas pada kadar sama terhadap produk AS pada kuantiti sama dikuatkuasakan secara serentak pada 23 Ogos.

"Keselamatan negara" dijadikan alasan bagi AS mencetuskan perang perdagangan, yang dikatakan untuk merangsang sektor pembuatan dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan. Namun, hasilnya jauh berbeza daripada yang dihasratkan.

Baru-baru ini, USTR telah mengadakan sesi pendengaran mengenai kenaikan tarif terbaru, melibatkan 82 wakil industri kimia, elektronik dan fotovoltik. Namun, hanya enam yang bersetuju dengan tarif baharu. Tanpa menghiraukan suara pengusaha, kerajaan AS berdegil mengenakan tarif tambahan terhadap produk China.

Bagi kerajaan AS, langkah menambah tarif bukan sekadar untuk mengekang pembangunan China dan mengekalkan kedudukan teratas, sebaliknya diambil dengan pertimbangan lain.

New York Times melaporkan, sejak Mei lalu, Jabatan Perdagangan AS telah menerima 20 ribu permohonan untuk pengurangan atau pengecualian tarif baharu terhadap produk keluli, tetapi tiada satu pun diluluskan. Malah, dua gergasi pengeluar keluli di AS terlibat sama menolak permohonan ratusan syarikat domestik.

 

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_3bf000b5-5c79-4380-8321-c5b853c28103

 

Beberapa pegawai kanan kerajaan dilaporkan mempunyai kepentingan dalam industri keluli, seperti Setiausaha Perdagangan Wilbur Ross yang pernah mengaut keuntungan melalui jual beli beberapa syarikat keluli. Bahkan, Wakil Perdagangan Robert Lighthizer sendiri dahulu peguam swasta dengan klien termasuk U.S. Steel.

Benarkah tarif tambahan membantu menjaga keselamatan negara, persoalan yang masih tiada jawapan. Namun yang jelas, ada segelintir yang mendapat untung. Sebab inilah nasib syarikat dan pengguna domestik diabaikan.

Beberapa hari kebelakangan ini, tersebar berita suram satu demi satu.

Pada Isnin lalu, The Element Electronics mengumumkan kilang televisyennya di South Carolina akan ditutup dalam masa dua bulan dan 126 pekerja diberhentikan disebabkan kenaikan kos operasi berikutan tarif import baharu komponen China.

Institut ekonomi antarabangsa Peterson menjangkakan kira-kira 195 ribu pekerja di AS akan menganggur dalam tempoh satu hingga tiga tahun jika kerajaan menguatkuasakan tarif 25% terhadap industri automotif dunia. Angka itu akan bertambah kepada 624 ribu jika negara-negara lain mengambil tindakan balas.

Tempias sudah pun mula dirasai di pasaran domestik AS, yang menyaksikan harga barang pengguna naik ketara. Netizen AS mengatakan bahawa tarif 25% turut membawa kenaikan 25% kos yang perlu ditanggung pengguna terutamanya golongan berpendapatan rendah yang lebih banyak menggunakan produk China.

Bank Amerika Merrill Lynch dalam laporan terkini menyifatkan dasar tarif terbaru sebagai ulang tayang polisi 30 tahun lalu, yang memangsakan pengguna domestik.

Ternyata, percaturan tarif AS hanya menyakiti rakyat yang dikatakan hendak dilindungi.

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_4e034c14-c31e-4bcb-b722-ad7b59f2ba00

曹捷