Import Eksport Komoditi China Naik 8.6%

2018-08-09 13:51:08  CRI
Share with:

Pada tujuh bulan pertama tahun ini, jumlah import dan eksport dalam perdagangan komoditi China mencatat RMB16.72 trilion (RM10 trilion), meningkat 8.6% berbanding tempoh sama tahun lalu. 

Statistik terkini Kastam China menunjukkan pertumbuhan import 7.9% lebih tinggi daripada eksport, sementara lebihan perdagangan berkurang lebih 30%.

Dalam pada itu, jumlah perdagangan antara China dengan negara-negara yang terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) meningkat 10%, mewakili hampir 30% keseluruhan perdagangan luar China.

高蕾