China Seru Selesai Isu Iran melalui Dialog

2018-08-11 15:10:24  CRI
Share with:

China menyeru pihak-pihak terlibat menyelesaikan isu Iran melalui dialog berdasarkan prinsip sama rata dan saling hormat.

Seruan itu dibuat melalui jurucakap Kementerian Luar, Lu Kang, susulan Amerika Sayrikat (AS) mengumumkan pemulihan sekatan terhadap Iran pada 7 Ogos.  

Lu menyatakan China sentiasa menentang sekatan secara sepihak. Dialog dan rundingan adalah kaedah yang betul untuk menyelesaikan isu itu.

Katanya, China telah mengadakan kerjasama komersial yang terbuka, telus dan normal dengan Iran dalam bidang ekonomi, perdagangan dan tenaga sejak sekian lama. Urus niaga berkenaan tidak membelakangi resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) dan komitmen China terhadap kewajipan antarabangsanya, juga tidak menjejaskan kepentingan negara-negara lain. Kerjasama seumpama ini wajar dihormati dan dikekalkan.
 

徐国玮