Pompeo, Lavrov Bincang Isu Sekatan

2018-08-11 15:11:48  CRI
Share with:

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo menghubungi rakan sejawatnya dari Rusia, Sergei Lavrov menerusi telefon untuk membincangkan sekatan pusingan baharu terhadap Rusia.  

Pompeo menegaskan semula bahawa pihaknya bersedia membaiki hubungan dan terus berdialog dengan Rusia. 

Pada Rabu lalu,  AS mengumumkan sekatan pusingan baharu ke atas Rusia susulan kes keracunan bekas perisik Rusia, Sergei Skripal di Britain pada bulan Mac. Sekatan dikatakan mula berkuat kuasa hujung Ogos ini.

Kementerian Luar Rusia dalam satu kenyataan di laman webnya berkata, sekatan AS  tidak boleh diterima kerana tiada bukti yang menyokong tuduhan tersebut.

Situasi semasa di Syria turut disentuh dalam perbincangan antara Pompeo dengan Lavrov semalam.
 

徐国玮