Melakar Masa Depan Gemilang

2018-08-12 16:44:33  CRI
Share with:

Berkat dasar pembaharuan dan pintu terbuka, masyarakat dibebaskan daripada belenggu pemikiran sementara segala onak ranjau yang menghalang pembangunan dihapuskan, membolehkan China memulakan pelayaran baharu menuju masa depan gemilang.

Satu rencana pengarang yang diterbitkan Agensi Berita Xinhua hari ini memetik kata-kata Presiden Xi Jinping sebagai berkata, dasar pembaharuan dan pintu terbuka kunci bagi merealisasikan matlamat "dua seratus tahun" serta kebangkitan nusa dan bangsa. Rumusan Presiden Xi itu jelas memaparkan tekad China untuk meneruskan dasar tersebut.Hasil pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka sepanjang 40 tahun lalu, China mewujudkan keterbukaan secara holistik, muncul sebagai negara pengeksport terbesar dan pengimport kedua terbesar di dunia. 

China juga penjana utama ekonomi dunia, dengan menyumbang lebih 30% kepada pertumbuhan ekonomi global selama beberapa tahun berturut-turut.Sejarah membuktikan pembaharuan dan pintu terbuka adalah jalan tepat yang mesti dikekalkan, yang mampu membawa China melakar masa depan lebih gemilang.

Rencana itu akhirnya menyebut, impian kebangkitan nusa dan bangsa pasti akan menjadi kenyataan melalui pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
曹捷