Ulang Tahun ke-40 Perjanjian Kedamaian dan Persahabatan China-Jepun

2018-08-12 15:15:13  CRI
Share with:
Perdana Menteri China, Li Keqiang dan rakan sejawatnya dari Jepun, Shinzo Abe saling mengutus kawat tahniah sempena ulang tahun ke-40 pemeteraian Perjanjian Kedamaian dan Persahabatan antara kedua-dua negara.

Li menyatakan China bersedia bersama-sama Jepun menggalakkan hubungan bilateral terus berkembang dengan sihat dan stabil berdasarkan semangat bersedia mengambil iktibar daripada sejarah dan memandang masa hadapan, serta prinsip yang ditetapkan dalam empat dokumen politik, di samping mengintensifkan kerjasama saling menguntungkan.

Abe pula menyatakan Jepun dan China memikul tanggungjawab yang penting terhadap kedamaian dan kemakmuran serantau bahkan dunia. Kedua-dua pihak perlu terus mengeratkan kerjasama demi menyumbang kepada penyelesaian pelbagai isu antarabangsa.

Abe turut menyatakan beliau menanti-nantikan lawatan ke China menjelang penghujung tahun ini.


 

曹捷