Turki Boikot Produk Elektronik AS

2018-08-15 11:59:30  CRI
Share with:

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam mengumumkan bahawa Turki akan memboikot produk elektronik buatan Amerika Syarikat (AS).

Dalam satu seminar kumpulan pemikir di Ankara, beliau berkata Turki akan menghasilkan keluaran yang lebih baik daripada produk import, mewujudkan mampu diri dan mengeksport keluarannya ke seberang laut.

Walaupun ekonomi Turki sedang mengalami “serangan", namun negara itu mempunyai asas perbankan yang stabil dan kukuh. Pergolakan ekonomi semasa tidak berkaitan dengan keadaan ekonomi sebenar negara itu.

Sejak awal bulan ini, kadar pertukaran mata wang Lira Turki merudum.

Pada 1 Ogos, AS mengumumkan sekatan terhadap Peguam Negara dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Turki sebagai membalas pemenjaraan paderi warga AS, Andrew Brunson oleh Turki.

Pada 10 Ogos pula, AS menaikkan sekali ganda tarif import terhadap keluli dan aluminium Turki, terus menyuramkan prospek Lira. 

覃淼