Kritikan Media Asing Tidak Berasas

2018-08-15 14:27:35  CRI
Share with:

Kritikan beberapa media asing terhadap usaha China membanteras keganasan dan jenayah di Xinjiang adalah tidak berasas dan dibuat dengan motif yang tersembunyi.

Jawatankuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Penghapusan Diskriminasi Ras (CERD) telah mengadakan dialog membincangkan pencapaian China dalam pelaksanaan Konvensyen Antarabangsa bagi Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Ras.

Ketika diminta mengulas kritikan beberapa media asing berkaitan perkara tersebut, jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang berkata, CERD telah mengadakan dialog di Geneva pada 10 dan 13 Ogos lalu. Delegasi China telah membuat pembentangan terperinci tentang usaha melindungi hak dan kepentingan etnik minoriti, yang mendapat pujian jawatankuasa itu.

Katanya, ada pihak yang sengaja membuat pertuduhan palsu mengenai China untuk tujuan politik, ada juga media asing yang memutarbelitkan usaha China untuk motif yang terselindung.

Beliau menambah, pada tahun-tahun kebelakangan ini, Xinjiang aman tenteram, pembangunan sosioekonominya pesat. Penduduk tempatan dari pelbagai etnik bersatu padu, dan amat menghargai kesejahteraan ini. Tiada gunanya memburuk-burukkan Xinjiang dengan dakwaan kosong.

胡星