Kentucky Ingin Perkasa Hubungan dengan China

2018-08-16 15:36:32  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_b

Gabenor negeri Kentucky Amerika Syarikat (AS), Matt Bevin baru-baru ini menyatakan beliau sendiri akan mengetuai rombongan ke Ekspo Import Antarabangsa China pertama yang bakal diadakan di Shanghai pada November ini. 

Beliau berkata demikian ketika menyambut lawatan Duta Besar China ke AS, Cui Tiankai Isnin lalu.

Menyentuh impak dasar Washington, Bevin menganggap daripada berasa susah hati, baiklah hubungan dengan China diperkasakan, biar dalam aspek ekonomi, perdagangan mahupun pertukaran lawatan. 

China ialah sumber import terbesar dan sasaran eksport keempat terbesar bagi Kentucky. China juga pasaran raksasa bagi produk buatan AS, maka kerjasama kedua-dua pihak dapat membawa keuntungan bersama.

Tambahnya, sebagai dua entiti ekonomi yang terbesar di dunia, AS dan China saling memerlukan. Beliau mengalu-alukan lebih banyak syarikat China melabur di Kentucky. 

Pada pandangannya, tarif sama sekali tidak berkaitan dengan kepentingan negara atau ekonomi.

徐国玮