Rundingan Peringkat Naib Menteri China, AS

2018-08-16 13:07:51  CRI
Share with:

Naib Menteri Perdagangan merangkap Naib Wakil Rundingan Perdagangan Antarabangsa China, Wang Shouwen akan mengetuai delegasi China ke Amerika Syarikat (AS) pada hujung bulan ini, atas undangan Washington.

Mereka akan mengadakan rundingan dengan delegasi AS yang diketuai Penolong Setiausaha Perbendaharaan bagi Urusan Antarabangsa, David Malpass, mengenai isu-isu ekonomi dan perdagangan dua hala.

China sekali lagi menyatakan pendirian yang menentang unilateralisme dan amalan perlindungan, dan tidak menerima sebarang sekatan perdagangan secara sepihak.

Di samping itu, China mengalu-alukan dialog dan interaksi yang berprinsipkan sama rata dan ikhlas.

覃淼