Putin Temu Yang Jiechi

2018-08-16 13:44:01  CRI
Share with:

Presiden Rusia, Vladimir Putin bertemu dengan Anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Yang Jiechi di Sochi semalam.

Putin dalam pertemuan itu menyatakan bahawa hubungan antara Rusia dengan China sedang berkembang maju mengikut hala tuju yang ditetapkan kedua-dua pihak.

Semasa sidang kemuncak BRICS bulan lalu, beliau dan Presiden Xi Jinping telah mencapai konsensus penting mengenai hubungan bilateral dan situasi antarabangsa.

Katanya, hubungan Rusia-China penting bagi kedua-dua negara malah seluruh dunia. Pihaknya bersedia memperkukuh komunikasi strategik dengan China serta kerjasama dalam segenap aspek termasuk perkongsian strategik komprehensif.

Yang Jiechi yang juga Pengarah Pejabat Urusan Luar Pusat PKC melihat tahun ini sebagai batu tanda dalam perkembangan hubungan China-Rusia.

Pertemuan kerap kali antara Presiden Xi dan Putin telah menunjukkan haluan kerjasama seterusnya. Di bawah bimbingan strategik kedua-dua pemimpin, perkongsian strategik komprehensif mengekalkan momentum kuat, hingga menjadi teladan bagi hubungan antarabangsa model baharu. 

Beliau menyatakan kesediaan China untuk bergabung tenaga dengan Rusia bagi melaksanakan sepenuhnya konsensus yang tercapai antara pemimpin, menggalakkan tata tertib antarabangsa lebih adil, sekali gus membuka prospek lebih luas dalam hubungan dua hala.

Pada hari yang sama, Yang Jiechi bersama-sama Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia, Nikolai Patrushev mempengerusikan rundingan keselamatan strategik China-Rusia ke-14 di Moscow, yang menumpukan isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama.

梁靓