Itali Kuat Kuasa Darurat 12 Bulan di Kawasan Utara

2018-08-17 11:45:08  CRI
Share with:

Kerajaan Itali semalam menguatkuasakan darurat selama 12 bulan di kawasan Liguria, tempat berlakunya insiden jambatan lebuh raya Morandi runtuh Selasa lalu, bagi memudahkan kerja penyelamatan dan pembinaan semula.

Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte menyatakan bahawa 5 juta euro (23.3 juta ringgit) telah diperuntukkan untuk fasa awal kerja berkenaan.

Beliau mengesahkan angka kematian akibat tragedi itu meningkat kepada 39 orang.

Jambatan Morandi yang dibina 51 tahun lalu adalah nadi penting yang menghubungkan Itali dengan Perancis.

覃淼