19 Ogos Ditetapkan Hari Warga Perubatan China

2018-08-18 14:40:33  CRI
Share with:

Sempena Hari Warga Perubatan China pertama pada 19 Ogos, Presiden China, Xi Jinping mahu warga perubatan agar menyemarakkan semangat peri kemanusiaan dalam menyelamatkan nyawa, dan memberikan lebih banyak sumbangan bagi kesihatan rakyat. 

19 Ogos setiap tahun ditetapkan sebagai Hari Warga Perubatan China.

Presiden Xi Jinping berkata, kerajaan dan jawatankuasa Parti pelbagai peringkat perlu memberikan tumpuan terhadap golongan warga perubatan, dan membina suasana menghormati golongan ini serta mementingkan kesihatan.

Beliau juga mengingatkan warga perubatan supaya mengkaji dan melaksanakan fikiran sosialisme bercirikan China pada era baharu dan semangat Kongres Kebangsaan Ke-19 Parti Komunis China (PKC), sentiasa memberi perkhidmatan berpaksikan rakyat dan berpegang kepada semangat peri kemanusiaan, mempergiat usaha penjagaan kesihatan terus berkembang ke tahap yang baharu.

 

周乔西