FRB: Dasar Tarif AS Jejaskan Perusahaannya Sendiri

2018-08-18 14:23:33  CRI
Share with:

Tindakan Washington mengenakan tarif tambahan terhadap produk import memberikan tekanan kenaikan kos dan penurunan jualan di luar negara kepada perusahaan Amerika Syriakat (AS).

Ini keputusan kaji selidik oleh Federal Reserve Bank (FRB) of New York terhadap sektor pembuatan negeri New York, dan sektor perkhidmatan di bandar New York dan utara New Jersy.

Menurut keputusan itu, 68% perusahaan pembuatan dan 44% perusahaan perkhidmatan responden berpendapat bahawa kerajaan menaikkan tarif import telah mengakibatkan kenaikan kos mereka.

Dalam pada itu, kebanyakan perusahaan berpendapat jualan produk mereka di luar negara akan terjejas.

覃淼