Kerjasama Pragmatik China-Malaysia Sasarkan Masa Depan

2018-08-21 16:05:53  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_u=4136390261,1245175721&fm=11&gp=0

Perdana Menteri Malaysia Tun Dr.Mahathir Mohamad menamatkan lawatannya di China hari ini. Sejak memimpin Pakatan Harapan memenangi PRU-14, banyak media barat memandang ini isyarat sikap kerajaan baharu Malaysia terhadap China akan mengalami perubahan besar. Bagaimanapun, tak sangkalah Tun Dr.Mahathir memilih China sebagai destinasi pertamanya dalam lawatan rasmi di luar ASEAN. Ini jelas memperlihatkan beliau tidak menjauhi China.

图片默认标题_fororder_78987e76081b756_size91_w960_h639

Kini cabaran terbesar bagi kerajaan baharu Malaysia ialah hutang luar yang berat. Kerajaan Malaysia mendedahkan bahawa hutang negara itu telah mencatat RM1 trilion (kira-kira USD251 bilion), menduduki kira-kira 80.3% daripada KDNK. Oleh itu, kerajaan Tun Dr.Mahathir mengumumkan akan membatalkan beberapa projek yang kosnya terlalu tinggi bagi mengurangkan hutang negara adalah masuk akal.

Para penganalisis berpendapat bahawa dalam rangka pembangunan bersama "Jalur dan Laluan" (B&R), kerjasama pragmatik China-Malaysia menyasarkan masa depan. Kerajaan Malaysia menyokong dan bersedia secara aktif menyertai pembangunan bersama B&R. Berdasarkan laporan Sekuriti Nomura Jepun baru-baru ini, Malaysia antara empat entiti ekonomi Asia yang mendapat faedah paling besar dari inisiatif B&R dengan berjaya menarik lebih USD34.2 bilion (RM140 bilion) pelaburan berkenaan, iaitu sama dengan kira-kira 10% KDNK negara itu.

图片默认标题_fororder_mahathir_mohamad_drones_aug_19__full

Tun Dr.Mahathir menyeru pelabur asing secara langsung menanam modal dan membuka kilang di Malaysia, membawa teknologi baharu ke Malaysia sekali gus menyediakan lebih banyak pos kerja. Beliau berharap Malaysia menjadi pengeluar kuat seperti China, dan bukan hanya menjadi pasaran pengguna sahaja. Ini terbukti dengan jadual lawatan beliau yang memilih Alibaba sebagai destinasi pertamanya. Beliau juga telah melawat Kumpulan Geely dan mencubai kereta model baharu buatan syarikat tersebut. Melalui kerjasama dengan Geely, Proton akan mendapat peluang meneroka pasaran kereta alternatif. Syarikat UAV terkenal di dunia, Dajiang juga menjadi salah satu destinasi lawatan Tun Dr.Mahathir. Kesemua ini memperlihatkan bahawa sains dan teknologi tinggi menjadi tumpuan Tun Dr.Mahathir yang berhasrat membangkitkan semula ekonomi Malaysia.

图片默认标题_fororder_5db72c75c27bf66_size80_w960_h720

Dengan adanya panduan pemimpin kedua-dua negara, China dan Malaysia dipercayai akan meneroka bidang baharu, dan memperluas kerjasama yang saling menguntungkan.

张弘