Pembinaan B&R Selaras Pembaharuan Tadbir Urus Global

2018-08-28 16:53:28  CRI
Share with:

Pembinaan bersama "Jalur dan Laluan" (B&R) selaras dengan hala tuju pembaharuan sistem tadbir urus seluruh dunia.

Usaha ini turut membantu memupuk konsep untuk bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pembentukan komuniti berkongsi nasib.

Demikian ujar Presiden China, Xi Jinping ketika menyampaikan ucapan dalam sidang pleno berhubung ulang tahun ke-5 pelaksanaan Inisiatif B&R di Dewan Besar Rakyat, di Beijing semalam.

Xi menegaskan, mekanisme dialog hendaklah dikekalkan, sementara kerjasama menang-menang dijalin dan pengalaman ditimba antara satu sama lain.

Sarannya lagi, rasa saling percaya dalam aspek politik harus diperkukuh, begitu juga integrasi ekonomi dan pertukaran budaya, agar hasil kerjasama dapat dinikmati oleh semua rakyat di negara-negara terlibat.

周乔西