Singapura Galak Kesalinghubungan Serantau

2018-08-28 14:58:07  CRI
Share with:

Inovasi bagi menggalakkan kerjasama serantau dan kesalinghubungan menjadi tumpuan sidang tahunan Forum Global China Masa Depan dan Forum Perniagaan Serantau Singapura yang telah dirasmikan di Singapura semalam, anjuran Business China dan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF). 

Pengerusi SBF, Teo Siong Seng berkata, walaupun amalan perlindungan perdagangan bangkit dalam sesetengah negara, ASEAN perlu memperhebat kerjasama bilateral, serantau dan antarabangsa, agar mewujudkan kesalinghubungan.

Dalam sidang tersebut, Business China melancarkan dua rancangan baharu untuk menggalakkan kerjasama teknologi inovatif antara Singapura dengan China dan ASEAN, serta menaikkan nilai syarikat Sinapura yang membekalkan peluang perniagaan kepada negara-negara yang terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

张宪