China Perluas Bidang Kerjasama Pasaran Pihak Ketiga

2018-08-28 14:56:16  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500031_1_9500031_1_1_f65fd55f-d292-4cf2-9389-671371e480a9

China bersedia memperluas bidang kerjasama melibatkan pasaran pihak ketiga dengan negara dan syarikat di bawah inisiatif “Jalur dan Laluan” (B&R).
Demikian dinyatakan Naib Pengarah Kumpulan Kerja B&R China, Ning Jizhe dalam sidang media Jabatan Penerangan Dewan Negara China di Beijing semalam.
Menurut beliau, kerjasama melibatkan pasaran pihak ketiga adalah mod kerjasama antarabangsa yang terbuka, inklusif, dan pragmatik, selaras dengan inisiatif B&R, bermanfaat bagi syarikat pelbagai negara, terutamanya syarikat negara maju dan multinational, untuk saling melengkapi, menyuntik kedinamikan kepada ekonomi pihak ketiga, demi keuntungan bersama.

Kini, China telah menandatangani dokumen kerjasama tersebut dengan Perancis, Kanada, Singapura dan beberapa negara lain serta pertubuhan antarabangsa, serta menggalakkan penubuhan tabung berkenaan.

张宪