B&R Sumbangan kepada Inovasi, Kemakmuran

2018-08-29 15:57:30  CRI
Share with:

Banyak kemajuan memberangsangkan telah dicapai menerusi kerjasama di bawah inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), sejak gagasan itu diusulkan Presiden China, Xi Jinping lima tahun lalu.

Ahli Dewan Negara, Wang Yong dalam perasmian persidangan peringkat tinggi B&R mengenai harta intelek di Beijing pagi semalam menyatakan, rasa saling percaya antara negara-negara terlibat makin meningkat, dan banyak persepakatan telah dicapai berkaitan harta intelek.

Selain itu, mekanisme kerjasama hak harta intelek telah dibentuk, dan usaha sama dirancakkan dalam aspek undang-undang, dasar, perlindungan, pemeriksaan dan latihan tenaga profesional.

Negara-negara terlibat diharap memperluas kerjasama pragmatik berkaitan harta intelek, sebagai sumbangan lebih besar bagi merangsang inovasi dan mewujudkan kemakmuran serantau.

胡星