COSCO Galak Pembangunan Pelabuhan Singapura

2018-08-30 13:58:11  CRI
Share with:

Peranan Pelabuhan Singapura sebagai hab yang menghubungkan pelbagai pelabuhan utama di dunia semakin menonjol berikutan program kerjasama yang dijalin dengan China COSCO Shipping Corporation Limited (COSCO).

Kerjasama tersebut adalah antara hasil sejak inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dilaksanakan lima tahun lalu.

Sepanjang tempoh itu, jumlah kargo yang dikendalikan oleh Pelabuhan Singapura semakin meningkat.

Jumlah kargo yang dikendalikan COSCO di Pelabuhan Singapura dijangka mencatat 2.42 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU) pada tahun ini, iaitu dua kali ganda berbanding 2016.

周乔西