Sidang Kemuncak Beijing FOCAC Dirasmikan

2018-09-03 17:05:30  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123374115_15359880040321n

Sidang Kemuncak Beijing bagi Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC) dirasmikan di Dewan Besar Rakyat, Beijing petang tadi.

Turut hadir ke forum ini, Presiden China, Xi Jinping; pemimpin atau perwakilan dari 53 negara Afrika; Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres; Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika (AU), Moussa Faki Mahamat; dan perwakilan dari 27 pertubuhan antarabangsa dan serantau.

图片默认标题_fororder_1123374115_15359880039651n

Presiden Xi dalam ucaptamanya mengemukakan cadangan membina komuniti berkongsi nasib China-Afrika.

Sidang kemuncak yang bertemakan "kerjasama saling menguntungkan, membina komuniti China-Afrika yang lebih rapat" ini akan menggariskan bidang-bidang utama kerjasama China-Afrika pada tiga tahun akan datang.

覃淼