Seiringan ke Arah Kemakmuran

2018-09-03 15:33:38  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123372055_15359562926731n

"Seiringan ke arah kemakmuran", tajuk ucaptama Presiden China, Xi Jinping dalam perasmian Dialog Peringkat Tinggi Pemimpin dan Wakil Perniagaan China-Afrika, yang juga Persidangan Usahawan China-Afrika ke-6 di Beijing hari ini.

Xi berkata, Afrika peserta penting dalam pembangunan "Jalur dan Laluan" (B&R), yang berteraskan prinsip berbincang bersama, membangun bersama dan berkongsi. Penglibatan Afrika amat dialu-alukan.

China bersedia meningkatkan penyelarasan dengan Afrika berdasarkan kesamarataan dan keuntungan bersama, demi mewujudkan pembangunan yang sesuai dengan keadaan sebenar negara masing-masing.

图片默认标题_fororder_untitled


Tahun ini ulang tahun ke-40 dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan di China.

Xi menyatakan walau apa perubahan berlaku dalam situasi dunia, matlamat China untuk meningkatkan keterbukaan tidak akan berubah. Usahawan dari seluruh dunia termasuk Afrika dialu-alukan mengambil bahagian dalam B&R.

Dalam ucapannya, Xi meletakkan empat harapan pada bahu para usahawan China dan Afrika.

Mereka diharap mencipta masa depan yang lebih cerah, saling belajar dan menginovasi dalam kerjasama mewujudkan perindustrian pintar, menunaikan tanggungjawab sosial, dan memperkukuh persahabatan menerusi kerjasama ekonomi.

覃淼