Jamuan Malam FOCAC

2018-09-04 13:53:28  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_isteri2

图片默认标题_fororder_isteri1

Presiden China, Xi Jinping dan isteri, Peng Liyuan mengadakan jamuan di Dewan Besar Rakyat semalam untuk mengalu-alukan pemimpin asing yang menghadiri Sidang Kemuncak Beijing bagi Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC).

Xi dalam ucapannya pada jamuan itu menyatakan, hubungan China-Afrika berkembang sihat dan pesat, komunikasi pelbagai peringkat kian rapat, dan kerjasama kedua-dua pihak dalam pelbagai bidang diperkasakan terus-menerus.

Beliau menegaskan, China dan Afrika akan berganding bahu untuk menggariskan cetak biru bagi membina komuniti berkongsi nasib dan pelaksanaan "8 Tindakan Utama" bagi kerjasama China-Afrika, demi kesejahteraan rakyat serta kedamaian dan pembangunan dunia.

Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa yang juga pengerusi bersama forum kali ini menyatakan, FOCAC platform penting bagi kerjasama Selatan-Selatan dan multilateral.

Sidang Kemuncak Beijing pasti akan meningkatkan hubungan China-Afrika ke tahap baharu dan memberi asas yang kukuh bagi kerjasama pada era baharu ini.

 

 

 

胡星