Sedia Manfaatkan Ulang Tahun China-ASEAN

2018-09-12 13:34:12  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123415034_15366782435961n

Naib Perdana Menteri China, Han Zheng bertemu dengan beberapa pemimpin dari ASEAN yang berada di Nanning, Guangxi untuk menghadiri Ekspo China-ASEAN (CAEXPO)serta Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) ke-15, semalam.

Han Zheng menyatakan China bersedia mengambil peluang daripada ulang tahun ke-15 perkongsian strategik China-ASEAN untuk meningkatkan penyelarasan dan kerjasama pragmatik dengan blok itu, di samping bersama-sama menyumbang kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib.

Dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, beliau menyarankan kedua-dua negara memanfaatkan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik untuk mempererat hubungan peringkat tinggi, meningkatkan penyelarasan strategi pembangunan, bersama-sama membangunkan "Jalur dan Laluan" (B&R), serta meneroka kerjasama pragmatik melibatkan segenap aspek.

Hun Sen menyatakan penghargaan terhadap sokongan China dalam usaha Kemboja untuk membangunkan ekonomi dan membaiki kesejahteraan rakyat.

Kemboja bersedia aktif menyertai pembangunan B&R demi perkongsian strategik komprehensif yang lebih erat.

Han Zheng turut mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden Myanmar, U Myint Swe; Timbalan Perdana Menteri Vietnam, Vuong Dinh Hue; dan Timbalan Perdana Menteri Laos, Somdy Douangdy.

张弘