China, ASEAN Melangkah ke Era Baharu

2018-09-13 15:03:16  CRI
Share with:
Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) serta Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) ke-15 dirasmikan di Nanning, Guangxi semalam.

Naib Perdana Menteri China, Han Zheng dalam ucaptama pada majlis perasmian menyatakan China dan ASEAN  sedang melangkah ke era baharu pembangunan dan kemakmuran bersama. 

China bersedia  bekerjasama dengan ASEAN untuk melonjakkan perkongsian strategik ke tahap lebih tinggi dan membina komuniti berkongsi nasib  yang lebih erat.

Beliau mencadangkan usaha dilipatgandakan untuk meningkatkan penyelarasan strategi, serta kerjasama perdagangan, pelaburan, kapasiti pengeluaran, kesalinghubungan, inovasi dan pertukaran sosiobudaya.

Turut menyampaikan ucapan, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen; Timbalan Presiden Myanmar, Myint Swe; Timbalan Perdana Menteri Vietnam, Vuong Dinh Hue; Timbalan Perdana Menteri Laos, Somdy Douangdy; dan Naib Presiden Zanzibar Tanzania, Seif Ali Iddi.
 

 

张薇