Prospek Kerjasama Hong Kong, Malaysia Cerah

2018-09-14 14:56:37  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_ad95a3d6-b7f5-4209-a26b-8af4f5f4bee9

Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong China, Carrie Lam Cheng Yuet-ngor bertemu dengan Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng semalam. 

Carrie Lam berkata, Malaysia anggota penting ASEAN, sementara ASEAN rakan dagang kedua terbesar bagi Hong Kong. Perjanjian perdagangan bebas dan pelaburan yang ditandatangani pada akhir tahun lepas diyakini mampu mencipta lebih banyak peluang kerjasama selepas berkuat kuasa awal tahun depan. 

Ujarnya, Hong Kong dan Malaysia boleh merancakkan lagi kerjasama dan pertukaran dalam bidang pendidikan dan kewangan. 

Biasiswa "Jalur dan Laluan" (B&R) yang ditawarkan Hong Kong sejak akhir tahun 2016 membolehkan 20 pelajar cemerlang dari Malaysia melanjutkan pelajaran di Hong Kong setakat ini. 

Beliau mengalu-alukan lebih ramai pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di Hong Kong.

徐国玮