LRT Pertama di Vietnam

2018-09-25 14:29:21  CRI
Share with:

Transit aliran ringan (LRT) pertama di Vietnam yang dibina oleh syarikat China mula beroperasi secara percubaan di Hanoi pada 20 September lalu. 

Laluan LRT itu sepanjang 13.5 kilometer dengan 12 stesen hentian, dibina dengan modal berjumlah USD868 juta (RM3.58 bilion).

Timbalan Menteri Pengangkutan Vietnam, Nguyen Ngoc Dong berkata, LRT itu akan memberi pilihan kepada penduduk Hanoi untuk menikmati pengangkutan yang mudah dan selesa.

Vietnam dan China akan terus bekerjasama rapat untuk memastikan LRT tersebut beroperasi dengan lancar.

徐国玮