Sidang Phnom Phen Forum Asia Boao

2018-09-27 13:45:01  CRI
Share with:

Persidangan Phnom Phen Forum Asia Boao diadakan di Kemboja semalam, dengan tema "bersama-sama mengejar pembangunan dan situasi menang-menang".

Naib Perdana Menteri Kemboja, Hor Nam Hong dan Setiausaha Agung Forum Asia Boao, Li Baodong turut hadir menyampaikan ucapan.

Li berkata, Kemboja merekodkan pembangunan yang pesat pada tahun-tahun kebelakangan ini, sekali gus menjadi salah satu entiti ekonomi yang berkembang paling laju di Asia Tenggara, malah seluruh Asia. Ini membolehkan Kemboja membuat sumbangan lebih besar kepada integrasi ekonomi Asia dan globalisasi.

Pihaknya yakin, kerjasama yang lebih rancak akan membantu negara-negara Asia merealisasikan matlamat pembangunan masing-masing.


Hor Nam Hong pula berkata kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri Hun Sen telah menetapkan sasaran untuk membangunkan ekonomi Kemboja secara menyeluruh dalam masa lima tahun akan datang.

Katanya, persidangan kali ini akan menarik minat lebih banyak syarikat China, dan membantu mereka memahami iklim perniagaan Kemboja.

覃淼