Jiwa Pahlawan Perlu dalam Kerja Biasa

2018-10-01 14:57:11  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_ch2

Keselamatan adalah nadi bagi industri penerbangan awam. Pihak berkuasa dan syarikat-syarikat terlibat harus sentiasa mengutamakan keselamatan dan menjalankan pengurusan berorientasikan rakyat.

Dalam pertemuan dengan krew Sichuan Airlines
petang semalam, Presiden China, Xi Jinping menyatakan perlunya meningkatkan kemampuan menangani bahaya tersembunyi, membaiki sistem pencegahan dan kawalan risiko serta mekanisme kawal selia, sambil memastikan kebertanggungjawaban pekerja dan individu.

图片默认标题_fororder_ch3
Kata Xi, bukanlah hanya satu kebetulan peristiwa "14 Mei" ditangani dengan baik. Jiwa yang tenang dan berani ketika berlaku situasi bahaya lahirnya daripada kesedaran dari segi tanggungjawab, ketekunan dalam kerja dan keterampilan pada hari-hari biasa.

Pada 14 Mei lalu, penerbangan Sichuan Airlines 3U8633 dari Chongqing ke Lhasa terpaksa mengubah haluan ke Chengdu selepas cermin depan pesawat Airbus A319 itu tertanggal. Krew penerbangan berjaya mendarat meskipun situasi bahaya, diberi gelaran "pahlawan penerbangan awam China".

图片默认标题_fororder_ch
Krew "pahlawan" itu diundang menghadiri jamuan ulang tahun ke-69 Republik Rakyat China tahun ini, dan berkesempatan bergambar dengan Presiden Xi dalam pertemuan semalam.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
高蕾