Sidang Kemuncak Pemimpin Muda Dunia ke-15 di London

2018-10-07 14:44:16  CRI
Share with:

 

图片默认标题_fororder_li3

Sidang Kemuncak Pemimpin Muda Dunia ke-15 dan Forum China London 2018 telah diadakan di National Liberal Club, London kelmarin.


Sidang dan forum tersebut bertemakan "Konflik dan Pertembungan Tamadun China dengan Negara Barat Berlatarbelakangkan Inisiatif 'Jalur dan Laluan' (B&R)". Pemimpin muda dan perwakilan elit dari pelbagai bidang datang dari 16 buah negara dan wilayah termasuk Britain, China, Jepun, Itali, Romani dan Kanada telah menyertai aktiviti ini.

图片默认标题_fororder_li


Seramai 13 tetamu termasuk pengasas Anugerah Big Ben, profesor Li Junchen dan Pengerusi Trustee Board of the European-Atlantic Group, Justin Glass telah menyampaikan ucapan dan menjalankan perbincangan bertopik mengenai pertembungan China dengan negara Barat dan negara-negara terlibat B&R dalam bidang politik, ekonomi, kebudayaan dan kesenian, serta matlamat bersama dan hala tuju kerjasama antara China dengan negara Barat dalam situasi semasa.

图片默认标题_fororder_li2

曹捷