Jepun Alu-alukan Britain Sertai TPP

2018-10-08 15:08:53  CRI
Share with:

Jepun mengalu-alukan Britain menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) selepas keluar dari Kesatuan Eropah (EU) atau Brexit.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dalam temu bual bersama akhbar "Financial Times" semalam berkata, Britain bakal hilang kedudukan sebagai pintu masuk Eropah selepas Brexit, namun negara itu tetap kuat di peringkat global.

Beliau turut menggesa Britain dan EU membuat kompromi bagi mengelakkan berlakunya Brexit tanpa perjanjian.

Setiausaha perdagangan antarabangsa Britain, Liam Fox sebelum ini berkata, beliau akan meminta pandangan umum mengenai keanggotaan Britain dalam TPP. 

TPP kini disertai 11 negara termasuk Jepun, Vietnam, Malaysia dan Kanada. AS menarik diri daripada perjanjian itu selepas kerajaan Donald Trump naik ke tampuk kuasa.  

张哲