Filipina Tidak Sertai Latihan Tentera AS

2018-10-10 14:06:24  CRI
Share with:

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah berjanji kepada China bahawa pihaknya tidak akan menyertai latihan ketenteraan AS di Laut China Selatan dan Selat Taiwan yang dijadualkan pada November.
 
Kata jurucakap Presiden, Harry Roque, pihaknya tidak mahu suasana lawatan pemimpin China terjejas.

Media Filipina sebelum ini melaporkan, Manila berharap pemimpin China dapat mengatur lawatan pada November. 

Filipina akan menyertai latihan tentera bersama China-ASEAN di Zhanjiang pada akhir Oktober, yang pertama antara kedua-dua pihak di laut.

Dalam sidang media semalam, Roque juga menyatakan Presiden Duterte dan Duta Besar China, Zhao Jianhua dalam pertemuan pada hari sama, bersepakat bahawa usaha sama meneroka kawasan yang dipertikaikan di Laut China Selatan sesuai dengan kepentingan bersama.

张弘