Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Baharu Iraq

2018-10-10 14:49:20  CRI
Share with:
Presiden China, Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada Barham Salih yang dipilih sebagai Presiden baharu Iraq.

Xi melahirkan harapan agar Iraq dapat menunjukkan kemajuan dalam proses permuafakatan politik dan pembangunan semula ekonomi di bawah pimpinan Salih, dan mengorak langkah mengikut jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan sendiri.

Beliau menyatakan China amat mementingkan hubungan dengan Iraq, dan bersedia bersama-sama Salih memperkukuh perkongsian strategik sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara demi keuntungan rakyat.

Salih dipilih sebagai presiden baharu oleh parlimen Iraq pada 2 Oktober.
张薇