China Unicom Buka Cawangan di Hanoi

2018-10-10 13:35:23  CRI
Share with:

Pembekal telekomunikasi, China Unicom membuka cawangan di Hanoi yang dipercayai akan menyediakan perkhidmatan lebih komprehensif dan berkualiti kepada syarikat China yang melabur di Vietnam.

Naib Presiden Eksekutif China Unicom Global, Chen Shuxiong berkata, pembukaan cawangan di Hanoi adalah satu langkah pragmatik berorientasikan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), dan bakal merancakkan kerjasama strategik antara syarikat telekomunikasi kedua-dua negara.

Cawangan itu akan membantu syarikat Vietnam memasuki pasaran China serta memperkasakan kesalinghubungan telekomunikasi dan perdagangan dua hala.

Cawangan di Hanoi ialah yang ke-12 dibuka China Unicom di negara-negara terlibat dalam B&R.

张哲