17 Pengganas Serang Gereja Dihukum Mati

2018-10-12 14:14:59  CRI
Share with:

Tribunal tentera Mesir semalam menjatuhkan hukuman mati terhadap 17 pengganas yang terlibat dalam serangan gereja pada 2016 dan 2017.

19 pengganas lagi dipenjarakan seumur hidup, 10 lagi hukuman penjara 10 hingga 15 tahun.

Kesemua mereka disahkan ada kaitan dengan Daesh dan terlibat dalam tiga serangan berani mati, iaitu di Kaherah pada Disember 2016 yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 25 terbunuh serta di Alexandria dan Tanta pada April tahun lepas yang meragut 45 nyawa.

Daesh mengaku bertanggungjawab atas tiga serangan tersebut.

Pada April lalu, tribunal itu membuat usul kepada institusi agama tertinggi mengenai hukuman mati terhadap 36 pesalah yang terbabit, 17 daripadanya diluluskan.

Berdasarkan prosedur kehakiman, mereka boleh membuat rayuan kepada mahkamah tentera lebih tinggi.

张弘