Pelancaran Kapal Angkasa Rusia Gagal, Angkasawan Selamat

2018-10-12 14:15:17  CRI
Share with:

Dua angkasawan mendarat ke bumi dengan selamat setelah kapal angkasa yang membawa mereka mengalami kegagalan enjin selepas dilancarkan di Baikonur, Kazakhstan.

Kapal "Soyuz MS-10" Rusia dilancarkan oleh roket pembawa "Soyuz-FG" pada pukul 11.40 pagi semalam, menuju ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS)

Tidak sampai dua minit selepas pelancaran, bahagian pertama roket pembawa digugurkan, namun enjin fasa kedua gagal berfungsi dengan tiba-tiba, menyebabkan kapsul yang dinaiki angkasawan terpisah sebelum melakukan pendaratan cemas.

Dua angkasawan, Alexei Ovchinin dari Rusia and Nick Hague dari AS dijadualkan bertugas di ISS selama kira-kira separuh tahun. Mereka dilaporkan dalam keadaan baik.

张哲