Perisytiharan Rom Signifikan bagi Pengantaraan Komersial

2018-10-12 14:47:37  CRI
Share with:

Forum Pengantaraan Perniagaan Antarabangsa "Jalur dan Laluan" (B&R) diadakan di Rom, Itali kelmarin.

Perisytiharan bersama yang dikeluarkan forum itu dianggap signifikan bagi pengantaraan komersial antara negara-negara terlibat dalam B&R.

Perisytiharan Rom ditandatangani bersama oleh lebih 20 institusi dari 12 negara Asia, Eropah, Amerika dan Afrika.

Mekanisme khidmat B&R ialah satu platform pengagihan sumber yang berorientasikan permintaan, dengan sokongan dasar perindustrian negara-negara terlibat. 

Sejak diperkenalkan pada 2015, mekanisme tersebut menyediakan khidmat secara sistematik kepada syarikat-syarikat berkenaan melibatkan pelaburan, kerjasama, keusahawanan dan pemerolehan, di samping menyediakan nasihat berkaitan risiko pelaburan.

张哲