Mesyuarat Menteri Kehakiman ASEAN ke-10

2018-10-13 16:00:14  CRI
Share with:

Mesyuarat Menteri Kehakiman ASEAN ke-10 diadakan di Vientiane, Laos semalam, dihadiri lebih 100 wakil termasuk Naib Perdana Menteri Laos, Bounthong Chitmany, Timbalan Setiausaha Agung ASEAN, H.E.Dr. AKP Mochtan serta menteri kehakiman dan peguam negara dari 10 anggota ASEAN.

Chitmany dalam ucapannya pada majlis perasmian berkata, Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN (APSC) menyasarkan pembentukan komuniti yang berlandaskan peraturan dan berjiwa rakyat untuk menggalakkan keamanan, kestabilan dan pembangunan serantau bahkan dunia.

Mesyuarat kali ini yang membantu memperkasakan komunikasi dan kerjasama antara jabatan berkenaan, signifikan bagi merealisasikan matlamat tersebut.

Menteri Kehakiman Laos, Sayxi Santivong dalam satu sidang media menyatakan mesyuarat tersebut memfokuskan kerjasama perundangan melibatkan isu sivil, perniagaan dan jenayah serta bantuan kehakiman. Satu perjanjian bantu-membantu dalam kehakiman jenayah turut dimeterai. 

林莹