Pastor AS Dibebaskan Turki

2018-10-14 16:28:17  CRI
Share with:
Pastor AS, Andrew Brunson yang ditahan selama dua tahun di Turki telah dibebaskan kelmarin.

Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo melalui akaun Twitternya turut mendesak Turki membebaskan warga AS lain dan kakitangan tempatan yang bekerja di kedutaan AS secepat mungkin.

Menurut laporan media AS, terdapat sekurang-kurangnya seorang warga AS dan dua kakitangan kedutaan masih ditahan oleh pihak Turki.

Brunson, 50, paderi Kristian, telah hidup di Turki selama lebih 20 tahun. Beliau ditahan di Turki atas tuduhan mengintip pada Disember 2016.

 

张薇