Buku tentang Pembentukan Komuniti Berkongsi Nasib Diterbitkan

2018-10-15 14:47:12  CRI
Share with:

Buku yang dikarang Presiden China, Xi Jinping tentang wawasan "Pembentukan Komuniti Berkongsi Nasib" telah diterbitkan di seluruh negara semalam.

Buku yang mengumpulkan 85 karya penting mengenai teori tersebut sepanjang 320,000 karakter Cina.

Penekanan yang diberikan terhadap pembinaan komuniti berkenaan satu kandungan penting dalam diplomasi sosialis bercirikan China serta pemikiran Xi Jinping mengenai sosialisme bercirikan China pada era baharu, membawa faedah bersama dalam perancangan situasi domestik dan antarabangsa.


Teori itu signifikan sebagai panduan untuk memastikan China sentiasa mengorak langkah pada jalan pembangunan secara damai, sekali gus menjadi pembina keamanan dunia, penyumbang kepada pembangunan global, dan pelindung tata tertib antarabangsa, bagi mencipta suasana yang lebih kondusif ke arah merealisasikan matlamat "dua seratus tahun" serta kebangkitan nusa dan bangsa China.

高蕾