Latihan Tentera Bersama Tiga Negara di Malaysia

2018-10-15 13:08:45  CRI
Share with:

Latihan bersama China, Malaysia dan Thailand berkod "Kedamaian dan Persahabatan 2018" dijadualkan di pesisir barat Semenanjung Malaysia pada 20 hingga 29 Oktober, menurut konsensus yang dicapai antara tentera ketiga-tiga negara.

Maklum Kementerian Pertahanan China semalam, venue latihan termasuk Port Dickson, Pelabuhan Kelang dan perairan sekitar, memfokuskan tindakan bersama untuk membawa keamanan.

China akan menghantar 692 pegawai dan askar menyertai latihan tersebut, selain dua kapal pembinasa dan kapal frigat, dua helikopter pembawa kapal, tiga kapal pengangkutan IL-76 dan empat kenderaan.

Latihan bersama kali ini bertujuan menunjukkan kesiagaan tentera ketiga-tiga negara tersebut untuk menjaga kedamaian dan kestabilan di rantau Laut China Selatan, di samping terus memperkukuh pertukaran dan kerjasama yang pragmatik serta memperhebat kemampuan mengatasi pelbagai ancaman keselamatan.

Latihan kali ini tidak menyasarkan mana-mana negara lain.

曹捷