Lebih 200 Piawaian China melibatkan Pembuatan Pintar

2018-10-15 13:40:38  CRI
Share with:

China mempunyai lebih 37,000 piawaian peringkat negara setakat ini, menurut Zhang Mao, Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Am bagi Pengawalseliaan Pasaran.

Dalam aktiviti sempena Hari Piawaian Dunia 2018 semalam, Zhang berkata tahap kelarasan piawaian China dalam sesetengah bidang dengan standard antarabangsa melebihi 80%.

Antaranya, lebih 200 melibatkan pembuatan pintar, yang berperanan penting dalam menggalakkan hasil revolusi industri keempat serta pelaksanaan strategi pembangunan berorientasikan kualiti dan kekuatan industri pembuatan.

14 Oktober tahun ini merupakan Hari Piawaian Dunia ke-49.
"Piawaian antarabangsa dan revolusi industri keempat", tema yang dipilih Suruhanjaya Elektroteknikal Antarabangsa (IEC), Pertubuhan Piawaian Antarabangsa (ISO) dan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).

曹捷