Korea Selatan, DPRK Adakan Rundingan Peringkat Tinggi

2018-10-16 16:56:22  CRI
Share with:

Korea Selatan dan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) mengadakan rundingan peringkat tinggi di Panmunjom pagi semalam, bagi membincangkan penyambungan landasan kereta api dan lebuh raya serta projek-projek lain pada akhir November atau awal Disember.

Bidaan bersama untuk penganjuran Sukan Olimpik 2032 juga akan dibincangkan.

Delegasi rundingan masing-masing diketuai Menteri Penyatuan Semula Korea Selatan, Cho Myoung-Gyon dan Ketua Jawatankuasa Penyatuan Damai DPRK, Ri Son-gwon.
 
Cho Myoung-Gyon berkata, pihaknya berharap kedua-dua negara dapat mencapai persepakatan dengan secepat mungkin tentang pelaksanaan Deklarasi Bersama Pyongyang yang dicapai pada September. 

Ri Son-gwon pula menyatakan, rundingan kedua-dua pihak semakin normal, dan harus substantif dan berhasil.

张薇