Sekolah China, Laos Jalin Hubungan Sahabat

2018-10-16 13:43:50  CRI
Share with:

Hubungan antara sekolah menengah China dan Laos akan dipererat susulan pemeteraian Perjanjian untuk Menjalin Hubungan Persahabatan antara Sekolah.

Perjanjian yang dimeterai semalam itu melibatkan dua sekolah di Laos dan empat sekolah di provinsi Yunnan, China.

Menurut perjanjian itu, kedua-dua pihak akan menjalankan lawatan berkala untuk menggalakkan interaksi para pelajar serta mewarisi persahabatan tradisional antara kedua-dua negara.

Dimaklumkan, terdapat lebih lima ribu pelajar Laos melanjutkan pelajaran di Yunnan pada masa ini. Lebih enam ribu pelajar Laos telah pulang ke tanah air mereka selepas menyelesaikan pembelajaran di China untuk menjadi pembina generasi baharu.

曹捷