China, Filipina Runding Isu Laut China Selatan

2018-10-17 16:23:29  CRI
Share with:

Mesyuarat ke-3 Mekanisme Rundingan Bilateral China-Filipina mengenai Isu Laut China Selatan akan diadakan di China pada 18 Oktober.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media semalam berkata, dengan mekanisme yang terbentuk pada 2017, kedua-dua negara telah menangani perselisihan pendapat, mencegah dan mengendalikan insiden di laut dengan baik, mendorong kerjasama maritim yang pragmatik, mencapai kemajuan yang cukup besar.

Dimaklumkan, Naib Menteri Luar China, Kong Xuanyou dan rakan sejawatnya dari Filipina, Enrique Manalo akan mengetuai delegasi yang terdiri daripada wakil jabatan pertahanan, sumber asli dan perlindungan alam sekitar, perikanan, pengangkutan, tenaga dan polis marin ke mesyuarat tersebut.

 

高蕾