IHP China Naik 2.5% pada September

2018-10-17 14:39:22  CRI
Share with:

Pada September lalu, Indeks Harga Pengguna (IHP) dan Indeks Harga Pengeluar (PPI) China masing-masing meningkat 2.5% dan 3.6% berbanding tempoh sama tahun lalu. 

Anggaran itu dibentangkan dalam laporan Jabatan Statistik Negara China pada 16 Oktober lalu.

Menurut anggaran tersebut, harga bahan makanan dan barang bukan bahan makanan masing-masing meningkat 3.6% dan 2.2%, manakala harga produk pengguna dan perkhidmatan masing-masing meningkat 2.7% dan 2.1%.

Pakar menganalisis bahawa kadar peningkatan IHP dan PPI masing-masing dijangka akan kekal pada lebih 2% dan 3.5% hingga 4% pada masa depan.

周乔西