Intensifkan Kerjasama Tenaga atas Inisiatif B&R

2018-10-19 14:46:42  CRI
Share with:

China serta lebih sepuluh negara yang terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) termasuk Pakistan, Sudan, Turki, Laos dan Myanmar mengeluarkan Deklarasi Bersama mengenai Perkongsian Sektor Tenaga, bagi membina komuniti kerjasama tenaga yang lebih erat.

Deklarasi itu diumumkan semalam, dalam mesyuarat menteri tenaga B&R yang diadakan di Suzhou, provinsi Jiangsu.

Menurut deklarasi tersebut, semua negara terbabit akan beriltizam untuk bersama-sama membina perkongsian dalam kerjasama tenaga demi menyuntik penjana baharu bagi pembangunan sektor berkenaan.

Para peserta beranggapan, pihak-pihak terlibat harus giat mencipta suasana perniagaan yang sihat bagi perkembangan tenaga bersih, sambil memperkasakan kerjasama melibatkan teknologi penjimatan tenaga dan tenaga alternatif.

周乔西