Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Pertahanan China-ASEAN di Singapura

2018-10-20 15:43:24  CRI
Share with:

Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Pertahanan China-ASEAN Ke-9 yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe dan rakan sejawatnya dari Singapura, Dr. Ng Eng Hen telah diadakan di Singapura semalam.

Menurut Wei Fenghe, China yang mengutamakan ASEAN dalam diplomasinya, mendukung pembangunan Komuniti ASEAN dan pembentukan kerangka keamanan Asia-Pasifik yang terbuka yang berpusatkan ASEAN yang dilihat dapat membantu membangunkan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih substantif. Kini, China berharap agar mempertingkat interaksi dengan Kementerian Pertahanan dari pelbagai negara ASEAN, mendorong operasi talian langsung urusan pertahanan, mengadakan latihan tentera bersama dan latihan menyelamat dalam bencana serta kemalangan, mengadakan pertukaran kumpulan pemikir pertahanan dan pertukaran pegawai militer yang muda dan setengah baya, supaya dapat menyumbang kepada pemeliharaan keamanan dan kestabilan serantau.

Pemimpin pertahanan ASEAN menilai tinggi hubungan dengan China dan memuji usaha yang dilakukan China. 

 

高蕾