B&R Bantu Ekonomi Setempat

2018-10-31 13:38:05  CRI
Share with:

Setakat ini, syarikat yang dikendalikan kerajaan pusat China telah mengusahakan 3,116 projek di negara-negara terlibat dalam "Jalur dan Laluan" (B&R), meliputi infrastruktur, sumber tenaga dan kapasiti pengeluaran antarabangsa, membantu menjana ekonomi setempat.

Syarikat tersebut juga giat mengambil bahagian dalam kebajikan masyarakat, sekali gus membaiki kesejahteraan rakyat tempatan.

Dalam sidang akhbar semalam, naib pengarah Suruhanjaya Penyeliaan dan Pentadbiran Aset Milik Negara (SASAC), Weng Jieming menyatakan syarikat berkenaan turut menyumbang kepada usaha menjaga ekologi, pembangunan terselaras dan pertukaran budaya.

Setakat hujung tahun lalu, syarikat kelolaan kerajaan pusat China telah membuka 10,791 unit di 185 negara dan wilayah, dengan aset keseluruhan di seberang laut lebih RMB7 trilion (RM4.2 trilion), pendapatan RMB4.7 trilion (RM2.8 trilion) dan keuntungan RMB106.4 bilion (RM63.8 bilion) setahun. 85% pekerja yang digaji adalah warga tempatan.

张弘